BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sabtu, 8 Ogos 2009

Ciri-ciri wanita yang membawa ke syurga..

Menurut riwayat hadis, bahawa Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam sendiri. Sabda Nabi SAW, maksudnya:

"..baik-baiklah kamu berpesan ( mendidik) wanita, kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Kalau kamu lakukan (didik) secara kasar (paksaan), pasti mereka akan patah. Sebaliknya jika kamu biarkan ( tidak mendidik), maka mereka kan terus bengkok kerana itu didiklah mereka secara lemah-lembut.."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ciri-ciri wanita cerdik dan matang?

  • Tahu menilai dan meletak dirinya sesuai dengan tempat, watak dan kebolehan serta selaras pula dengan syariat islam.
  • Pandai melayan suami dan mengatur rumah tangga.
  • Pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi orang yang bertakwa dan boleh berkhidmat kepada masyarakat.
  • Peka dan berstrategi.
Peringkat-peringkat nafsu

  1. Nafsu Ammarah
Nafsu ammarah ialah nafsu jahat yang sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan dan menjadi tunggangan kepada syaitan dan iblis. Nafsu inilah kalau telah menguasai kita, wajiblah kita melawan dan mengalahkannya. Kerana ia musuh yang amat nyata, yang sentiasa merosakkan iman dan amalan kita.

Sifat-sifat orang yang bernafsu amarah

  1. Selalu terdedah kepada godaan ke arah melakukan kejahatan dan maksiat. Nafsu ammarah sentiasa menturuh seseorang berbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak, ia tetap menurut perintah nafsu itu.
2. Orang yang bernafsu ammarah tidak merasa dukacita atau menyesal di atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira serta berbangga pula dengan kejahatan yang telah dilakukannya.

3. Orang yang bernafsu ammarah, merasa terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan. Bahkan, bila bala dan ujian yang ditempuhnya amat berat sehingga berani menyalahkan takdir.

4. Sifat-sifat keji lain yang timbul dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia, panjang angan-angan, sombong, takabur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan masyur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap ALLAH dan lain-lain.




0 ulasan: